Monday, September 03, 2007
jubli emas malaysia
merdeka! merdeka! merdeka! masih ada semangat untuk merayakan merdeka. rasanya inilah sambutan yang paling best, dengan mengimbau kembali sejarah- sejarah lama, dan dengan perarakan yang berwarna warni, gabungan moden dan tradisional menjadikan sambutan kali ini menarik. best....tapi bagi aku, selagi benda benda masalah sosial berterusan, aku tak rasa merdeka akan lebih memberi makna kepada rakyatnya. kita kena perbetulkan pemahaman kita tentang erti sebenar kemerdekaan, bukan mentafsir sendiri erti kemerdekaan ikut sedap tekak je. rempit, free sex, dadah, ubat batuk dan memacam lagi tak akan menjadikan negara aman.
ingat balik perjuangan tok janggut, sariff masahor, rentap, mat kilau, dato' bahaman, pak sako, dan orang2 gagah dahulu, perjuangan tunku.... dan kita akan menjadi lebih bangga kerana kita berjaya merdeka dengan usaha kita sendiri...
merdeka juga bermakna kita kena lipat gandakan usaha nak majukan negara dan yang paling penting majukan diri sendiri. fikirkan....
Murad Bertitah at 9:49 AM
0 Comments