Monday, January 07, 2008
salam kembali....
wah... dah lama sangat tak update blog page ni... satu sebab cuti sekolah. yang kedua laptop dah kena 'kebas' dek adik. aku pun dah start mengajar balik. masih lagi mengajar form 4 dan 5. tahun baru ni diharapkan dapat menjadi titik gemilang untuk aku terus membaiki diri aku untuk menjadi orang yang lebih baik dari tahun lepas. dan aku juga mengharapkan orang orang yang sentiasa berada di samping aku, sentiasa berada dalam keadaan yang cukup sempurna. apa juga yang kita lakukan, yakinlah kita kan mendapat ganjaran. dan Tuhan sentiasa berada disisi kita.....Murad Bertitah at 11:24 AM
Monday, September 24, 2007
beban terlepas....

alhamdulillah... akhirnya terlepas juga segala beban yang ditanggung selama ini. hari ini saya telah menerima surat kelulusan permohonan perletakan jawatan sebagai warden. insya allah hidup saya akan lebih tenang setelah lama memendam rasa dengan segala ketidakpuasan hati. baru saya sedar sekarang, rupa- rupanya dah lama 'orang- orang besar' ini mahu 'membuang' saya. dan kebenaran terbukti jua. tapi tak pe, rasanya saya akan menjadi lebih gembira nanti walaupun saya akan merindukan saat saat bersama bebudak asrama.
satu hari nanti, kalau saya menjadi salah seorang dari 'orang besar'itu saya akan pastikan akan berlaku adil kepada pelajar- pelajar dan juga kepada guru- guru. dalam hal ini kepada warden dan penghuni asrama. biar kebajikan mereka terjaga.menegur apa yang tak kena (bukannya simpan di dalam hati)supaya saya mendapat keberkatan ke atas apa yang saya lakukan. saya akan pastikan mereka ini dihormati, bukan di layan seperti sampah; dikutip ketika diperlukan dan dibiarkan ketika tidak lagi sudi memandang.
entahlah, mungkin semua dikalangan kita pernah merasa bagaimana rasanya bila kewujudan kita tak dihargai langsung. ada tapi tak wujud. tapi bila silap je, maka akan terserlah lah kesilapan itu. itulah yang saya rasa. terkilan, kecil hati dan macam sampah...
terima kasih kepada kawan- kawan yang banyak membantu dan menyokong saya. anda semua adalah sahabat yang baik. dan izinkan saya meminjam sedikit semangat dari anda semua untuk terus teguh berdiri sebagai seorang lelaki.
insya allah, saya akan menjadi lebih kuat. doakan saya.
satu hari nanti, kalau saya menjadi salah seorang dari 'orang besar'itu saya akan pastikan akan berlaku adil kepada pelajar- pelajar dan juga kepada guru- guru. dalam hal ini kepada warden dan penghuni asrama. biar kebajikan mereka terjaga.menegur apa yang tak kena (bukannya simpan di dalam hati)supaya saya mendapat keberkatan ke atas apa yang saya lakukan. saya akan pastikan mereka ini dihormati, bukan di layan seperti sampah; dikutip ketika diperlukan dan dibiarkan ketika tidak lagi sudi memandang.
entahlah, mungkin semua dikalangan kita pernah merasa bagaimana rasanya bila kewujudan kita tak dihargai langsung. ada tapi tak wujud. tapi bila silap je, maka akan terserlah lah kesilapan itu. itulah yang saya rasa. terkilan, kecil hati dan macam sampah...
terima kasih kepada kawan- kawan yang banyak membantu dan menyokong saya. anda semua adalah sahabat yang baik. dan izinkan saya meminjam sedikit semangat dari anda semua untuk terus teguh berdiri sebagai seorang lelaki.
insya allah, saya akan menjadi lebih kuat. doakan saya.
Murad Bertitah at 10:22 AM
Monday, September 03, 2007
jubli emas malaysia
merdeka! merdeka! merdeka! masih ada semangat untuk merayakan merdeka. rasanya inilah sambutan yang paling best, dengan mengimbau kembali sejarah- sejarah lama, dan dengan perarakan yang berwarna warni, gabungan moden dan tradisional menjadikan sambutan kali ini menarik. best....tapi bagi aku, selagi benda benda masalah sosial berterusan, aku tak rasa merdeka akan lebih memberi makna kepada rakyatnya. kita kena perbetulkan pemahaman kita tentang erti sebenar kemerdekaan, bukan mentafsir sendiri erti kemerdekaan ikut sedap tekak je. rempit, free sex, dadah, ubat batuk dan memacam lagi tak akan menjadikan negara aman.
ingat balik perjuangan tok janggut, sariff masahor, rentap, mat kilau, dato' bahaman, pak sako, dan orang2 gagah dahulu, perjuangan tunku.... dan kita akan menjadi lebih bangga kerana kita berjaya merdeka dengan usaha kita sendiri...
merdeka juga bermakna kita kena lipat gandakan usaha nak majukan negara dan yang paling penting majukan diri sendiri. fikirkan....
Murad Bertitah at 9:49 AM
Wednesday, August 15, 2007
kembali lagi
lama juga tenggelam sebab tak cukup masa untuk update blog nih. sedar tak sedar dah masuk bulan ogos pun. esok hari terakhir persekolahan sebelum cuti sembilan hari. ni yang best jadi cikgu. ada masa yang lebih untuk diri sendiri. doktor buchuk, kerja betul betul. jangan stress sangat. kaki yang bengkak sebab masuk angin tu, taruk minyak panas then balut. Tahniah ye untuk dua perkara: kerana telah menjadi doktor, dan akan bertunang nanti.mustika hati, kuatkan semangat. habiskan prakikal tu. jangan tension sangat ek. tak baik untuk kesihatan tau.
semalam juga telah berlangsung kejohanan futsal peringkat PPD. emmm... berlatih sehari, sebab lambat t ahu. alhamdulillah, kami berjaya berikan tentangan yang hebat walaupun kalah pada akhirnya. biasa la, ada kalah ada menang. hidup kita pun macam tu, ada masanya kita gembira, kita sedih dan seterusnya. barulah hidup kita bercorak, berseni.....
Murad Bertitah at 8:39 AM
Sunday, July 29, 2007
musim hujan...
kat kelantan sekarang ni, terutamanya kat kuala krai sekarang setiap hari dilimpahi titisan rahmat Allah swt. kedinginan, keselesaan, cukup membuatkan kita harus bersyukur pada rahmat NYA. ye lah, hujan yang mendamaikan, hujan yang menyegarkan, hujan yang memberi seribu ketenangan... oh ya, tahniah kepada Hanin farhana yang akan mula bertugas sebagai doktor pada 1 ogos ni di HUKM cheras. jadilah doktor yang baik buchuk...bebudak pun dah habis exam. alhamdulillah, semuanya ada peningkatan. harapnya, peningkatan ini tidak akan terhenti di sini sahaja.
Mustika Hati yang sentiasa diingatan dan dirindui, mengajar elok- elok. jaga diri, hiasi peribadi.
Murad Bertitah at 9:34 AM
Monday, July 23, 2007
apa- apa je
apa ya yang berlaku sepanjang minggu lepas yang tak tercatat dalam diari kehidupan? salah satunya ialah kedatangan jemaah nazir yang membuat lawatan ramah mesra disekolah. teruk kena siasat hingga ke akar umbi. terpaksa juga berjaga semalaman untuk menyiapkan buku rekod pengajaran yang dah lama tak tertulis walaupun selalu masuk kelas dan mengajar.... penat wooo.sedar tak sedar dah masuk bulan rejab pun. banyak fadilat dan peristiwa penting yang berlaku dalam bulan rejab ni. jadi marilah kita sama sama pertingkatkan amalan dan menambahkan amalan sunat dalam bulan ini... semoga kita akan terus dirahmati oleh Allah swt dan dilindungi dan termasuk dalam golongan orang- orang yang beriman.
Murad Bertitah at 7:43 AM
Monday, July 16, 2007
minggu ni adalah minggu peperiksaan bagi semua tingkatan. tapi, yang menghairankan, bebudak sekarang tidak lagi mengambil serius setiap ujian yang dilaksanakan. semuanya datang untuk meniru, tidur masa exam dn sebagainya. akhirnya saya tersedar, zaman dah berubah, tidak lagi sama macam dulu. maksud saya, kalau dulu setiap ujian akan diambil serius oleh pelajar- pelajarnya. takut dan yang paling penting keinginan untuk saling mengatasi antara satu dengan yang lain. dulu, sebelum start exam pun masih sempat baca last minute kat luar kelas, kot -kot ada yang tertinggal dan nak refresh kan balik memori. kononnya la... tapi sekurang- kurangnya ada usaha. sekarang ni, cikgu dah pun bagitau bab mana yang keluar tapi, masih lagi tak dapat jawab, walaupun tajuk tu dah diajar. pelikkan? kesimpulannya, bebudak sekarang lebih malas berusaha...habis pasal exam... sekarang ni musim buah. durian rambutan, semua ada. masa pergi Baling dua minggu lepas pun memang banyak gerai sementara yang jual durian.kat sini nak makan free pun boleh, nak beli pun boleh..
Mustika hati kat Baling tu, ngajar elok elok. semoga sentiasa gembira dan dilindungi selalu.
Murad Bertitah at 8:10 AM